Dialog Satu:
Eh! Shima... Cantiknya kau hari ini. Fesyen baru nampak. Fuh! Jeans baru. Fit habis...
Em, iye ke? Em, thanks.
Dialog Dua:
Nama awak Fahdli
Ye, nama saya Fadhli.
Saya terpaksa denda awak kerana memakai baju round net (tidak berkolar). Sebagai seorang pelajar di sini, sepatutnya awak sedia maklum akan peraturan ini bukan?
Dialog Tiga:
Mana kau tahu dia kaya? Mana tahu tu kereta family dia ke apa ker?
Itu tak penting, tapi, yang penting,
Dialog Empat:
Peh! Rock habis beb
Ceh! Baru lu tau sapa gua sekarang arr...
Inilah dia hakikat ‘life style’ hari ini. Hakikat remaja dan belia masa kini. Penampilan dan
Namun, pada penilaian sipakah status baik dan buruk itu semua...?
Dalam kita sibuk menjaga
Inilah yang sering kita terlupa ataukah mungkin sengaja dilupakan. Pernahkah kita memikirkan perihal penampilan diri kita ini samaada dipandang baik atau tidak di sisi Allah s.w.t.? Inilah penilaian pemakaian (standard) yang paling utama yang perlu kita dahulukan dalam menentukan
Sama-samalah kita nilai samaada style berpakaian kita menepati standard Allah s.w.t. atau pun tidak. Apakah standard Allah s.w.t. itu? Di mana kita perlu merujuknya? Ya, iaitulah al-Qur’an dan Hadis Rasulullah s.a.w. Janganlah sekali-kali kita mengabaikan rujukan utama kehidupan kita itu.
Ya, rujukan dari dua sumber inilah yang sering kita abaikan. Walhal, inilah manual kehidupan kita. Oleh itu, pastikanlah standard berpakaian kita, tidak kira lelaki mahupun wanita, hendaklah melepasi (lulus) apabila disemak dengan dua sumber itu. Pernahkah anda semak? Kalau belum pernah, sama-sama lah kita semak. Ajak kawan-kawan yang lain sekali. Dapatkan bantuan daripada mereka yang lebih arif (berilmu).
Lihatlah kecantikan dan hakikat keindahan panduan fesyen pakaian yang sebenar yang digariskan oleh Allah melalui al-Qur’an dan Hadis Rasul-Nya. Tidaklah patut sebagai insan yang beriman dan normal daya fikirnya, menidakkan keindahan serta kesyumulan panduan tersebut..
Sebagai penutup, perhatikan maksud hadis ini;
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu, tetapi Allah melihat kepada hati kamu dan amalan kamu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Di samping penampilan kita, Allah menitikberatkan kesucian hati kamu yang sentiasa menjaga keikhlasan dalam menekuni dan mencermati perjalanan mencari keredhaan Allah. Dengan hati yang bersih yang penuh keimanan, maka-nya lahirlah amalan-amalan yang baik dari diri kita semua. InsyaAllah.
Firman Allah s.w.t. (maksudnya):
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” (al-A’raaf: 26)
Ketaqwaan di sini adalah merujuk kepada ketaatan kita kepada Allah secara keseluruhannya (dengan ilmu yang sihat). Meliputi semua aspek dan tidak hanya dalam etika berpakaian. Maka-nya, daripada ketaqwaan itulah... lahirnya kehebatan penampilan diri yang sebenar samaada di sisi Allah s.w.t. sendiri atau pada penilaian manusia yang beriman dan insan-insan yang lainnya.
1 comment:
lama xjenguk blog ni...
itu la,
rmai sekarang yg berpakaian tapi hakikatnya mcm x berpakaian.
nauzubillah.
Post a Comment